Sunday, December 18, 2011

Waktu itu

Hakikat ini bukan seperti yang dirancang. Yang baik sentiasa di kenang, untuk itu aku sematkan semua yang manis untuk di kongsi kepada oranglain. Dengan harapan saat itu akan di kenang sehingga akhir hayatku. Bukan senang untuk terima sesuatu yang sukar, pe lagi parut tu seakan akan makin dalam rasa-nya. Ya Allah, kalau itu yang sudah tertulis untukku.. Kalau itu perjalanan hidupku, maafkan aku. Aku terima seadainya. Mungkin niat yang cuba aku tunjukkan baik, dan salah bagi pihak lain. Salam.

Saturday, September 24, 2011

Kosong

"Awak ok harini?" Yang sah-sah kau dah tahu TIDAK.
"Awak dah makan?," Yang sah-sah dengan kau je pun selalu temankan.
"Awak tak keluar hari ni?," Yang sah-sah tak ada tangan untuk dipimpin.


Tutup mata.
Tarik nafas dalam dalam.

Wednesday, September 7, 2011

Sepi

Saya penat.
Jiwa penat.
Otak penat.
Badan penat.
Mata penat.
Semua penat.
Eh lupa ditambah juga dengan hati panas!
Hmph

Bila mata padam,otak pun shut down
Time tu kita rehat secukupnya ya.
Bila dah bangun kita sambung penat.

Ok bye. Nak tido

Tuesday, September 6, 2011

Kejadian

1059 malam
Malam tu dah rasa sengal sengal satu badan tapi berpura pura gagah. Tapi orang pertama yang berita tu ingin aku sampaikan malangnya dah tidur,sorry Shikin Zain ganggu.

Tutup mata. Sehingga terlelap sendiri di buai mimpi.

100 pagi
Kali ni aku betul betul terjaga dari tidur, sepertinya ada orang pijak kepala aku. Terasa sakit. Badan seperti di cucuk cucuk. Sakit yang teramat sangat. Lalu aku terus ke bilik abah / mak. Setibanya di situ,abah peluk aku erat. Kata nya kepala aku terlalu panas. Ntah macam mana aku rebah.

Bila mula sedar, aku sudah berada di klinik terbaring. Dengan pakaian tido yang ntah apa apa. Terasa malu. Tapi apa kan daya, badan tak bermaya aku dah tak pikir panjang.

Doctor cakap suhu badan aku terlalu panas, tinggi sehingga mencecah 38.7'c, sangat kritikal. Muka doctor yang mengantuk tadi terus jadi segar. Pada mula nya doctor cakap aku kena tahan hospital selama 2hari. Tapi setelah berbincang, doctor hanya bagi aku MC 2HARI serta injection sebanyak 2KALI di punggung. Azab! azab! (pasrah) dan yang paling takutnya, tonsil aku semakin besar. Kalau teruk doctor sarankan buat operation (lagi pasrah)

1100 pagi
Mula tersedar dari tidur setelah dapat banyak call / sms dari kawan sekampus dan kawan sepejabat. Ntah macam mana cepat bebenor tersebarnya khabar ni. Terharu sangat. Ada juga yang masih amik berat. Terima kasih. Semoga Allah membalas jasa baik kamu. Ameen.



Cost perubatan sekarang mahal. Mashallah. 


"Ya allah berikan lah aku kekuatan untuk menjalani hari hari yang akan datang.. Sesungguh aku umat mu yang kerdil ini sangat lemah" ameen


Sunday, September 4, 2011

Semut api kalau telan pedih

Telan je.
Benda dah banyak kali.
Penat dah asyik nak sakit dengan masalah dengan point sama.
Tolong lah rasa, tak banyak sikit.
Try to put yourself on my shoes.
Then bagitau resultnya, sakit terasa ke tak?
Saya tak akan bertanya.

Jangan kata ini masalah kecil.
Benda nak jadi besar permulaannya dari kecil-kecil dulu kan?


Cinta Saiko

Kenapa ada orang lepas putus cinta dia jadi saiko lepas tu?

Nak bunuh diri.
Nak bomohkan bekas kekasih sendiri.
Nak telefon mak ayah bekas kekasih dan nak bocorkan rahsia peribadi.
Bila telefon bekas kekasih, penuh dengan kata maki.
Lepas dah maki, minta maaf dan pujuk kembali.

Kenapa?

Kenapa perlu buat perangai macam tu sedangkan masa bercinta nampak elok, cukup sifat boleh buat menantu. Tapi bila sudah tidak ada apa-apa, jadi saiko dan naik hantu.

Oklah, sebab sayang.
Fine.

Tapi kamu sedar tak yang sebenarnya kamu lagi letakkan satu jurang besar antara kamu dan bekas kekasih. Saiko kau tak kena, bai.

Kalau perempuan, lagi kau berlaku keras dan kejam pada dia, lagi padat dan kuat semangat dia ada. Lagi kau paksa, lagi dia perkasa. Perkasa untuk lawan apa - apa pun butir yang kau maki dan cela. Lelaki pulak, aku tak pasti apa dia buat bila kena saiko dengan perempuan. Tapi kebanyakkan dalam drama kalau bekas kekasih nak bunuh diri samada dia pujuk atau dia biarkan perempuan tu terjun. Haha. Gurau eh. Serius, aku gurau. Bwehehe.

Aku pun pernah diugut begitu. Tapi aku tak tunduk, aku lawan sebab aku rasa mampu untuk itu. Kalau orang dah maki, cerca dan herdik kau, kau rasa dia nak kau balik ke? Memang taklah. Itu lagi lah salah satu kekuatan untuk dia lupakan kau dan cari lain yang mampu buat dia kembali senyum.

Hati dan cinta tak boleh paksa.
Kalau dah dia tak suka.

Dan tolonglah jangan saiko anak orang.
Sebab kau takkan menang untuk dapat cinta dia balik.


Muka buku & twitter

Aku buka akaun Facebook dulu sebab aku dah menyampah dengan Myspace. Tapi sekarang ini aku rasa Facebook dah sama macam Myspace. Malah lebih teruk dari itu.

Aku ingat lagi dulu kawan aku berapa kerat je yang ada akaun Facebook sebab masa tu semua masih dok hanyut dengan Myspace. Jadi sungguh rasa aman sejahtera. Tak fikir langsung pasal stalker ke stoking ke.

Tapi dalam banyak-banyak benda yang paling aku menyampah di Facebook bilamana orang-orang yang sudah bergelar isteri tidak menjaga adab dan tatasusila berumahtangga. Diakui yang rajin mengupdate gambar, status dan segala apa di Facebook adalah kebanyakkannya adalah perempuan. Umum tahu, emosi perempuan ini kadang-kadang tiada batasan. Bila otak dikawal oleh perasaan, tangan laju saja menaip tentang apa yang perasaan rasa. Bukan itu saja,pasangan kekasih and budakk sekolah pun sama sahaja.

Maka, terjadilah status yang menampakkan mereka tengah bergaduh laki bini. Lebih haru bila si isteri menukar relationship status ke IT'S COMPLICATED. Yang tengah bercintan cintun IT'S SINGLE.

Hello?
Semua orang tahu kot kau dah kahwin.
Semua orang tahu kau bercinta (melainkan kau memang gatal)

Esok atau lusa, bila dah baik dengan suami dia, tukar semula relationship status ke MARRIED. Aku tak pastilah berapa umur budak nih sebab benda yang aku cerita ini agak kerap juga tukar-tukar dan aku tanpa rasa belas kasihan telah "hide" dia di Home Facebook aku supaya aku tidak melihat any updates dari dia yang boleh buat aku menyirap darah.

Untuk semua para-para isteri / gf orang / baik sesiapa.
Tolonglah ya jaga aib suami / bekas kekasih kamu. Jangan sesekali letak status yang boleh mendatangkan curiga dan fitnah. Dan untuk suami-suami, sila lah nasihat isteri anda supaya lebih berhati-hati dan fikir dulu sebelum nak menaip. Tak pun suruh dia buat blog dan privatekan. Jangan tak private pulak. Aku sekeh kepala sekor-sekor kang.

Ada lagi.

Ini berkaitan Twitter pulak.
Bagi sesiapa yang boleh menggunakan ReTweet (RT) tolong jangan RT untuk segala benda yang orang lain tweet. Kadang-kadang orang tweet tentang ketidakpuasan hati mereka disana dan sila hormat ya. Twitter bukan macam Facebook. Kalau mereka dah privatekan akaun mereka maksudnya semua yang ada di dalam Twitter dia adalah private.

Ada hal yang boleh kita RT, dan ada yang tidak.

Untuk itu aku harap kita semua saling berjaga-jaga dengan ketagihan internet di zaman ini. Lagi-lagi bagi mereka yang selalu buat status tak puas hati dekat bos ke atau apa-apa yang berkaitan pejabat. Kalau sesiapa yang ada add aku di Facebook, aku memang tak akan dah update apa-apa status yang berkaitan pejabat sebab aku tau impak dia memang besar. KECUALI kau memang takde add orang-orang pejabat kau lah. Orang yang dengki ada di mana-mana sahaja lagi-lagi kalau dia menyampaikan benda yang salah kepada orang lain walhal kita tak bermaksud begitu pun.

Kita semua sedang diperhatikan.
Hati-hati.

FUTNOT : Anggap ini sebagai peringatan untuk kita semua termasuk aku. Dan perkara ini telah dibincangkan sewaktu aku melepak bersama Putri dan IraXFM jadi aku rasa ia patut diberitahu sebagai peringatan sebelum apa-apa kejadian buruk berlaku.